Rabu, 19 Ogos 2009

Ceramah Khas Sempena Menjelang Ramadan



Pada hari malam selasa (17.08.09) yang lepas, JTK Masjid Al-Amin dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMTSPPP telah menganjurkan ceramah khas persediaan menyambut ramadan. Uztaz Zamri dari SM Sains Syed Shahbudin telah didatangkan khas sebagai penceramah jemputan. Ceramah yang dsampaikan diselangselikan dengan paparan powepoint dan video yang menarik bagi menarik perhatian para pelajar. Antara lain ceramahnya berkisar tentang persiapan yang perlu dibuat sebagai umat Islam dalam mencari kesempurnaan ibadat puasa.









Dalam ceramahnya, Ustaz Zamri menekankan kepada penting membudayakan pembacaan al-quran dalam rutin kehidupan pelajar kerana pahala membaca al-Quran akan dapat dijadikan sebagai penerang di dalam kubur, apatah lagi pada bulan ramadan yang dijanjikan Allah Taa'la pahala yang berlipatkali ganda besarnya keada sesiapa yang membaca al-Quran dan ibadat lain.
Sebagaimana maksud hadis:
Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan