Jumaat, 7 Ogos 2009

Aktiviti Rutin Pagi Jumaat



Surau al-Amin, setiap pagi jumaat akan diadakan Majlis Pembudayaan al-Quran yang mengambil masa selama 50 minit di awal pagi bermula jam 7.30 - 8.20 pagi. 30 minit diperuntukkan untuk membaca al-Quran yang diketuai oleh para ustaz dan 20 minit berikutnya sesi tazkirah, penerangan hukum tajwid, penerangan PAFA akan diselangselikan mengikut kesesuaian. Kelihatan di gambar, Ketua Jabatan Kemanusiaan SMTSPPP, Puan Noraini Harun mengambil peluang berucap bagi menerangkan langkah kebersihan diri bagi menghadapi wabak H1N1 yang makin memberi ancaman kepada semua golongan masyarakat.



Sesi tazkirah disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin kali ini berkaitan dengan persediaan menjelang ramadan yang perlu dilakukan oleh pelajar dan beliau juga menyentuh tentang soal kewajipan menutup aurat. "Ramai umatku yang masuk ke dalam neraka adalah terdiri dari kaum wanita kerana tidak menutup aurat" Hadis Nabi SAW yang diselitkan dalam tazkiran beliau pada pagi tadi.

1 ulasan:

  1. wah.. masjid dah cat baru..
    dah ada karpet.. dlu marmar puteh jer.. heheh..

    BalasPadam