Isnin, 10 Ogos 2009

Aktiviti Hari Ahad Pelajar Asrama

Secebis kisah pagi ahad,

Kebiasaan pada hari cuti sabtu dan ahad akan diadakan gotong royong di asrama samada membersihkan bilik ataupun aktiviti menceriakan kawasan asrama. Asrama SMTSPP yang bermotokan "Asramaku Wajahku" akan melibatkan para pelajar dalam konsep menceriakan alam sekitar. Taman Mini Aspura yang baru disiapkan mempunyai tema yang tersendiri iaitu dilengkapi dengan 3 wakaf kayu untuk pelajar beristirehat pada waktu petang. Pokok-pokok bunga ditanam bagi menghijaukan alam sekitar serta membekalkan udara segar dan nyaman kepada pelajar yang mendiami asrama





Kelihatan penyelia asrama En Ruzahan sedang mengarahkan para pelajar cara menanam pokok bunga dengan baik mengikut susunan yang dirancangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan